1. Pastikan mata pisau cukur bertemu pada kulit wajah dalam kedudukan 45 darjah atau kurang. Cukuran yang baik apabila anda bercukur dengan mudah dan tidak rasa sakit ketika bercukur.
  2. Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif, disarankan untuk menggunakan pisau cukur elektrik.
  3. Jika wajah anda berjerawat dan perlu bercukur di bahagian itu, cuba kedua-dua sama ada pisau cukur elektrik atau pisau cukurbiasa untuk melihat yang mana satu lebih selesa. jika anda menggunakan pisau cukur biasa, lembutkan rerambut dengan krim pencukur. sentiasa gunakan mata pisau yang tajam.
  4. Bagi anda yang mempunyai rerambut lebat di wajah, letakkan tuala panas pada wajah bagi melembutkan rerambut. Tukar mata pisau cukur.
  5. Berhati-hati ketika menggunakan mata pisau yang baharu. Apabila tekanan ketika bercukur lebih tinggi, ini boleh menyebabkan wajah anda terluka.
  6. Bercukur lebih kerap, sekurang-kurangnya sekali setiap dua hari bagi mengelak rerambut tumbuh lebat di wajah. Lebih konsisten anda bercukur, lebih berkualiti hasil cukuran anda dan menjadikan kompleksi kulit lebih baik. Bercukur akan menanggalkan sel kulit mati dan mengelak berlakunya penyumbatan pori-pori.
  7. Bagi anda yang mengalami shaving bumps, gunakan pisau cukur yang khas dan bukan dari jenis biasa. Pastikan anda menggunakan produk sebelum dan selepas bercukur bagi mengurangkan masalah ini.



DO & DON'T

  1. Jangan sesekali mencuci wajah dengan sabun kerana biasanyan ia akan mengeringkan kulit wajah anda. Ditambah pula dengan proses cukuran, kulit anda menjadi semakin kering, menegang dan berasa tidak selesa. Untuk kesan yang baik pada kulitwajah, cuciwajah anda dan gunakan produk sesuai untuk bercukur.
  2. Jangan mencuci wajah anda dengan air sejuk sebelum bercukur. Air sejuk akan menutup liang pori-pori, mebuatkan rerambut di wajah anda sukar dicukur. Seeloknya basuh wajah anda dengan air suam sebelum bercukur.
  3. Gunakan gel atau balm selepas bercukur, namun elak menggunakan produk yang mengandungi alkohol selepas bercukur kerana ia akan membuatkan kulit anda mudah kering.


  4. Gunakan penyental atau scrub sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, tetapi jangan gunakan setiap hari melainkan ia memang untuk penggunaan harian.
  5. Selain itu juga, gunakan pelembab after shave. Sapukan pelembab sebaik sahaja selepas bercukur atau mencuci. Seeloknya gunakan pelembab yang mengandungi bahan pelindung dari sinar matahari.


SARANAN
Untuk mengelakkan dan menyelesaikan masalah keradangan akibat bercukur, anda disarankan untuk menukar mata pisau cukur selepas 4-5 kali digunakan.