10 Tip Pilih Seluar Dalam Yang Sesuai

SELUAR dalam menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang dan tidak dibicarakan secara terbuka. Tapi disebabkan ketidakterbukaan minda ketika membincangkan soal itu membuatkan ramai melakukan kesalahan apabila memilih seluar dalam. 



Masalah seluar dalam dan cara mengatasinya

1. Apakah cara betul ketika mengenakan seluar dalam menentukan keselesaan pemakai?

Sarungkan seluar dalam dan tarik ke atas sehingga posisi selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan punggung. Pastikan pita di bahagian pinggan dan perut tidak berlipat.

2. Di manakah posisi betul panel bawah seluar dalam?

Pastikan jahitan pada bahagian hadapan panel kelihatan dan tidak seharusnya terselit ke belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya.

3. Pinggang seluar dalam sentiasa bergulung tapi bahagian pinggulnya selesa.

Anda mungkin memilih saiz seluar dalam yang salah. Pinggang seluar dalam mestilah berkedudukan tetap dan selesa serta tidak berlipat. Saranan saya, cuba saiz yang lebih kecil dan rekaan berbeza.

4. Kaki seluar dalam menggigit dan bergulung. Adakah ia pilihan yang betul?

Kaki seluar dalam tidak sepatutnya menggigit dan bergulung. Jika keadaan itu berlaku, tandanya anda memakai seluar dalam terlalu kecil. Periksa sama ada bukaan kaki seluar dalam berkedudukan sama dari sisi ke sisi? Jenis fabrik seluar dalam anda daripada bahan memeri atau berelastik? Jika masih mengalami masalah yang sama, pilih seluar dalam berpotongan tinggi.

5. Seluar dalam seperti mahu terlondeh

Pilihlah saiz seluar dalam yang betul. Seluar dalam yang muat dengan selesa adalah seimbang dan selari serta meliputi semua bahagian punggung. Ganti seluar dalam yang lusuh dengan yang baru kerana getah pinggangnya mungkin sudah hilang keanjalan.

6. Apa yang mesti dilakukan untuk mengelakkan garisan seluar dalam kelihatan pada pakaian?



Pilih seluar dalam berliputan penuh seperti potongan maxi atau potongan seluar pendek (short). Kedua-duanya memberikan keselesaan sama seperti seluar dalam biasa malah ia mampu mengelakkan kesan seluar dalam jika anda mengenakan pakaian ketat.

7. Apakah fabrik terbaik untuk memastikan keselesaan seluar dalam?

Ada pelbagai jenis fabrik yang digunakan untuk membuat seluar dalam. Fabrik terbaik tentunya yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik lycra spandex dan nylon spandex memberikan kebebasan dan regangan bebas dari segi kemasan untuk tubuh. Namun, saranan saya, apa juga pilihan fabrik seluar dalam anda, pastikan panel bawah dilapik fabrik kain kapas bagi memastikan serapan serta pengeringan segera.

8. Bila seluar dalam perlu ditukar baru?

Fikirkan bila berdepan bencana seperti kemalangan dan perlu dibawa ke hospital, tentu anda malu jika tersingkap kain, terdedah seluar dalam yang lusuh dan koyak. Seluar dalam memainkan peranan untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Panduan untuk bertukar seluar dalam adalah: Jika lipatan pada kaki dan bahagian pinggang telah mengembang dan longgar, tepinya bergulung atau terlondeh, jahitan tets atau fabriknya menipis dan tidak selesa dulu. Inilah faktor yang menyebabkan anda perlu bertukar kepada seluar dalam yang baru.

9. Bagaimana menjaga seluar dalam?

Periksa label peraturan mencuci yang disediakan. Ia bukan sekadar hiasan tapi maklumat penting sesuai fabrik. Boleh juga cuci menggunakan uncang khas jika menggunakan mesin pencuci. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan menyebabkan fabrik elastik cepat longgar.

10. Bagaimana menentukan saiz sebenar seluar dalam anda?

Dapatkan tali pengukur kemudian ukur sekeliling saiz pinggang, ukur bahagian paling berisi di bahagian pinggul (biasanya 10 inci di bawah pinggang).

Reactions: 

Bida Ana Raffali dan dia akan membantu anda melafazkan cinta kepada orang tersayang stail Cornetto! Cepat layarilah #CornettoLove di Facebook.

Bida Ana Raffali dan dia akan membantu anda melafazkan cinta kepada orang tersayang stail Cornetto! Cepat layarilah #CornettoLove di Facebook.

Reactions: 

Khasiat Tauge

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. 



Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. 

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. 

Reactions: 

Boleh Pakai Lipstik Tak?



Seorang anak bertanya pada ibunya


Anak      : Mama, bila harijadi saya yang ke-17 nanti, boleh buat parti di rumah?
Mama   : Boleh… boleh.. Nanti Mama aturkan.
Anak      : Ma, boleh saya ajak kawan-kawan saya sekali?
Mama   : Boleh.. Nanti Mama uruskan jemputannya.
Anak      : Ma…, boleh saya pakai baju warna pink tak?
Mama   : Boleh….boleh, nanti Mama belikan

Reactions: 

Jamie Dornan

Jamie bersama BOSS

Jamie bersama CK Jeans
Jamie Dornan (lahir 4 Jun 1982, Belfast, Ireland Utara) ialah seorang pelakon, model, dan pemuzik sesekali.
Pada tahun 2006 ia muncul dalam filem Sofia Coppola, Marie-Antoinette. Dia juga pernah membuat persembahan bersama folk band Sons of Jim, tetapi band itu dibubar pada tahun 2008. Dia pernah bekerja untuk Calvin Klein (bersama Kate Moss dan Eva Mendes), Dior, Aquascutum, dan Armani, di antara banyak jenama lain.

Reactions: 

Kenali Air Mani Anda

1. Air mani boleh menyebabkan alergik
Ada beberapa wanita yang alergi terhadap air mani. ini disebut hipersensitivitas plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala ini bergantung pada jumlah air mani yang masuk ke tubuh. Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan susah bernafas.

2. Air mani adalah sumber tenaga
Air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung. Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes. Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.


3. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki
Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan daging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.

4. Air mani sebagai ubat anti depresi(stress) wanita
Air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.

5. Air mani adalah sejenis nutrisi
Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi. Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.

6. Air mani tidak akan habis
lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi

Reactions: 

Ujian Saringan Untuk Lelaki

Adakah saya sihat?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak.




Apakah itu ujian saringan?


Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan.
Sebagai contoh, jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan penyakit jantung.


Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:

Reactions: