Kenali Boxer anda:

Boxer Short seperti seluar pendek dan berpotongan longgar dengan corak tertentu.Fabrik yang digunakan adalah kapas, sutera atau campuran satin. Antara kelebihan memakai boxer short ini adalah lebih longgar dan selesa, sesuai dipakai ketika musim panas, mengurangkan rasa gatal di bahagian alat sulit, kurang berisiko mendapat penyakit kanser testikular berdasarkan kajian, mudah ditanggalkan dan juga boleh digunakan sebagai seluar dalam dan sebelum tidur.
  


Boxer Briefs adalah lebih ketat dan lebih ketat seperti selaur dalam briefs. Ia memberi keselesaan dan menutupi bahagian tengah antara pinggang dan keseluruhan pinggul. Fabrik yang digunakan lebih tebal dan mudah regang seperti kapas lembut, polister dan lain-lain.






Tip pemakaian Boxer
  1. Jangan  memakai boxer longgar ketika bersukan, sebaliknya pakai boxer brief untuk lebih keselesaan dan bergerak.
  2. Untuk aktiviti bersukan, pilih boxer brief yang berfabrik kapas atau spandexyang mudah regang.
  3. Jangan jadikan seluar pendek sebagai boxer atau sebaliknya boxer dijadikan seluar pendek.
  4. Pilih warna seluar dalam sesuai dengan warna pakaian yang dipakai. Jangan memilih boxer berwarna terang ketika memakai seluar putih.
  5. Terdapa sesetengah lelaki memakai boxer bersama brief. mesti dielakkan kerana bahagian sulit memerlukan lebih pengudaraan.
  6. Ramai lelaki memakai boxer yang sama untuk tempoh beberapa hari. Elak sama sekali kerana peluh yang melekat pada boxer boleh menyebabkan jangkitan bakteria.
  7. Elak memakai boxer longgar dengan seluar ke pejabat atau slack kerana ia menampakkan bahagian tersebut tidak  kemas.