Tips penjagaan seluar jeans
8:54:00 PTG
Terdapat pelbagai jenis seluar untuk lelaki dipasaran, tetapi seluar yang best looking dan casual adalah seluar jeans. Ramai lelaki mempunyai masalah tidak tahu bagaimana harus memilih seluar jeans dari segi jenis/brand kerana terlalu banyak pilihan.
Langkah pertama dalam memilih jeans yang sesuai adalah
1. Jenis dan stail
2. Warna
3. Jenama




TIPS PENJAGAAN JEANS
- Cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam suam. Jangan gunakan air yang terlalu sejuk atau terlalu panas, kerana ia akan menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar dibersihkan.
- Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.
- Jika seluar jeans terkene air laut masin, jangan tergesa-gesa mencuci selaur jeans dengan air biasa. Guna air mendidih sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Pasti kotoran yang melekat akan tertanggal.
- Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan renyut di tempat yang teduh dan jangan sesekali dedahkan jeans terus di bawah matahari terik.
- Perlu diingatkan, jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.
- Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk memcuci seluar jeans, gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.
- Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh menggunakan air pada suhu biasa.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Tips / Info / Petua
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan