Mengapa Seks Baik Untuk Lelaki?

Ramai yang mengaggap seks hanya sekadar untuk memenuhi keperluan batin dan memuaskan nafsu semata-mata. Walau bagaimanapun seks mempunyai banyak kelebihan dalam kehidupan sehari-hari.
Mengapa seks dikatakan baik untuk lelaki berkahwin?



  • Hubungan asmara boleh menguatkan sistem ketahanan tubuh. Dengan terjadinya orgasma, penghasilan sel darah putih akan meningkat dan mampu melawan masalah kesihatan.
  • Bertindak sebagai senaman regangan dan pergerakan yang baik untuk kekalkan kesihatan tubuh badan. Sekiranya kehidupan seksual anda baik, ia akan memberi kesan pembentukan otot-otot terutama di bahagian perut, pinggang dan punggung.
  • Hubungan seks juga mampu menurunkan berat badan. Dalam satu sesi hubungan seks, ia dapat membakar 200 kalori bersamaan dengan berlari di atas stairmaster selama 25 minit, berbasikal 45 minit atau setengah jam berjogging.

Sengau Yang Sengal

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas di Lebuh Ampang, lalu bertanya kepada pemandu bas itu yang kacak orangnya.

"vang... vas nih fegi hamfang ke...?" ("Bang, bas ini pergi Ampang ker?")

Pemandu itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas sambil pelik kehairanan.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau itu pun bertanya kepada pemandu bas itu

"Kenapa awak diam sahaja tadi? Kesian dia..".. Tanya pemuda itu sambil melihat keluar tingkap bas.
Pemandu itu pun menjawab:
"Masham mana haya nak hawab... haya pun hengau hugak. Hanti hia hata haya hehek hia hulakkk!!...

Pemuda itu pun diam membisu seribu bahasa tamil sambil tersenyum

SAYURAN PEMBANGKIT NAFSU


BAWANG PUTIH
Ia mampu mencegah darah tinggi dan juga mengandungi alicin yang boleh melancar peredaran darah ke organ seksual.


TEMBIKAI DAN TOMATO
Kedua-dua buah ini bukan hanya mampu menghilangkan racun di dalam tubuh kita jika di makan secara teratur tetapi juga mampu meningkatkan kualiti sperma dan memantaskan perjalanannya.Tembikai dan tomato mengandungi likopen, senyawa yang mampu menekan radikal bebas dan menyuburkan sperma.

KENAPA REMAJA MELAKUKAN MAKSIAT DALAM TANDAS?

Masa: 8:30 Pagi
Tempat: Kelas Tingkatan 6 Melur
Situasi: Pelajaran Bahasa Melayu

Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas?"

Sharifah: Pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan.

Zakaria: Saya tidak bersetuju kerana ada di antara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil: Munurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sobri: Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil: Kenapa pulak? Bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

MANDI WAJIB DENGAN BETUL

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Pemakaian Boxer

Kenali Boxer anda:

Boxer Short seperti seluar pendek dan berpotongan longgar dengan corak tertentu.Fabrik yang digunakan adalah kapas, sutera atau campuran satin. Antara kelebihan memakai boxer short ini adalah lebih longgar dan selesa, sesuai dipakai ketika musim panas, mengurangkan rasa gatal di bahagian alat sulit, kurang berisiko mendapat penyakit kanser testikular berdasarkan kajian, mudah ditanggalkan dan juga boleh digunakan sebagai seluar dalam dan sebelum tidur.
  


Boxer Briefs adalah lebih ketat dan lebih ketat seperti selaur dalam briefs. Ia memberi keselesaan dan menutupi bahagian tengah antara pinggang dan keseluruhan pinggul. Fabrik yang digunakan lebih tebal dan mudah regang seperti kapas lembut, polister dan lain-lain.