Info Keselamatan Jalan Raya
12:15:00 PTG
Musim perayaan dah dekat... so kepada pemandu-pemandu sekalian... berhati-hatilah ketika memandu. Biar lambat asalkan selamat....
pepatah "Ingatlah orang yang tersayang" kita tukar dengan "Ingatlah dengan dosa-dosa yang telah anda lakukan".......
8 Petua Keselamatan Jalan Raya
pepatah "Ingatlah orang yang tersayang" kita tukar dengan "Ingatlah dengan dosa-dosa yang telah anda lakukan".......
8 Petua Keselamatan Jalan Raya
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
- Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melak ukan pertukaran lorong.
- Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
- Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memo tong jika teragak-agak.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
- Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayak an keselamatan anda dan orang lain.
- Jangan ekori kenderaan di depan ataupun memandu terlampau hampir. Sebagai pemandu, anda tidak mungkin dapat bertindak mengelakkan pelanggaran dalam keadaan kecemasan.
- Jika anda di lorong laju, dan pemecutan kereta anda dihalang oleh kereta yang lebih lambat, anda hanya perlu pancarkan lampu depan kereta anda untuk menandakan hak kelancaran perjalanan anda.
- Jangan sekali-kali mengekori seseorang pemandu lain kerana ingin menakutkannya - kerana ini akan menjadikannya terasa cemas ataupun membawa keretanya dengan lebih perlahan lagi.
- Mengekori kereta depan cuma membahayakan diri anda serta orang lain - jadi elakkan daripada mengikuti kereta depan terlampau dekat.
Jangan memonopoli jalan!!
- Pembolot jalan ditakrifkan sebagai mereka yang menggunakan lorong laju sambil menghalang kelancaran perjalanan kereta di belakang.
- Pembolot jalan akan menyebabkan pemandu lain hilang sabar, dan mereka mungkin bertindak melulu ataupun cuba memotong jalan secara merbahaya.
- Ramai orang tidak sedar mereka memboloti jalan. Mereka tidak sedar betapa bahayanya perbuatan sebegini.
- Jika anda tidak memandu dengan laju ataupun tidak memotong, sila gunakan lorong kiri. Jika anda di lorong kanan, dan kereta di belakang menghampiri anda, maka anda harus beralih ke lorong lain untuk memberi laluan.
- Bersopan di jalan raya dan perjalanan menjadi lebih lancar. Ikut kiri jika tidak memotong.
- Pasangkan tali pinggang keledar, walaupun duduk di belakang!!
Tahukah anda, dalam kemalangan yang melibatkan kereta, luka yang paling parah dialami adalah mereka yang duduk di belakang?
Ini kerana hentaman pelanggaran akan menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk depan.
Ini kerana hentaman pelanggaran akan menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk depan.
Hentaman daripada keberatan seseorang penumpang di belakang begitu kuat, ia berupaya menolak mereka yang duduk di depan hinggakan terlanggar papan pemuka kereta.
Inilah bukti betapa pentingnya tali pinggang keledar belakang - kerana ia berupaya melindungi anda dari tercedera, dan juga orang lain.
Jika anda fikir hanya penumpang depan sahaja diwajibkan memasang tali pinggang keledar, cuba fikir sekali lagi. Pastikan tali pinggang keledar digunakan oleh penumpang di belakang kereta.
Untuk penjelasan tentang pemakaian tali pinggang keledar belakang sila layari:
Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang
Sekiranya Berlaku Kebakaran Kereta, Apa yang harus anda lakukan??

- Hentikan kenderaan anda dilorong kecemasan
- Matikan suis penghidup enjin
- Pasangkan tanda amaran lalu lintas atau segi tiga amaran lalu lintas 15m dari kenderaan anda (jika perlu)
- Tarik penarik pembuka penutup enjin
- Gunakan alat pemadam api dan padamkan kebakaran melalui jeriji radiator atau pada celah bukaan penutup enjin
- Sekiranya kebakaran telah dipadamkan, buka penutup enjin dan bersedia dengan alat pemadam api kerana dikhuatiri kebakaran hidup semula
- Tanggalkan terminal bateri
- Minta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan menghubungi 999
Tindakan Yang Perlu Dilakukan Jika Berada Dalam Situasi Kemalangan Jalanraya
Jangan Tinggalkan kawasan kemalangan sehingga anda telah memberikan maklumat krpada mana-mana pegawai yang bertanggungjawab.
- Hubungi 999 untuk bantuan
- Berikan semua maklumat yang diminta oleh telefonis seperti berikut:
- Nama dan No.Telefon anda
- Lokasi kemalangan
- Bilangan kenderaan terlibat
- Jumlah mangsa dan dan kecederaan(jika boleh memberikan maklumat)
- Keadaan lalu lintas dikawasan kemalangan
- Jenis kenderaan yang terlibat(kereta,lori,bas dan sebagainya
Jangan Tinggalkan kawasan kemalangan sehingga anda telah memberikan maklumat krpada mana-mana pegawai yang bertanggungjawab.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Tips / Info / Petua
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan