Secara normal, tindak balas seksual lelaki akan menurun seiring dengan umur seseorang. Sewaktu remaja, sistem saraf seksual lelaki amat mudah sekali teransang, sehingga walaupun melibatkan hal-hal yang kecil zakar amat mudah menegang. Apabila dewasa, mekanisme ketegangan ini akan mula berkurangan disebabkan oleh beberapa perkara.
Untuk membolehkan lelaki bertidak balas kepada seks dengan baik, perkara berikut perlu di ambil kira:-
  1. Tidak terlalu letih. Sebab kalau terlalu letih, nafsu untuk melakukan seks akan terbantut. Oleh itu, untuk mendapat kenikmatan dalam hubungan seks, pastikan tubuh anda berada dalam keadaan relaks.
  2. Tidak wujud ketidakselesaan fizikal yang berat seperti rasa penat, lemah, pening, lesu atau tidak bermaya.
  3. Emosi tidak terganggu seperti wujudnya rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa rendah diri.
  4. Wujud dorongan atau minat untuk melakukan asmara. Sepatutnya lelaki bergantung kepada perasaan sendiri, bukan kepada situasi. Jika isteri mahu bersama dan suami tidak bersedia, suami boleh membantu isteri untuk inzal dengan cara selain jimak.
  5. Lelaki yang ingin melakukan hubungan seks perlu berminat untuk melakukannya serta tertarik dengan pasangannya.
  6. Sebagai lelaki, tidak sepatutnya wujud perasaan risau mengenai berapa baguskah mereka ketika di ranjang dan sepatutnya tidak memikirkan apakah perasaan isteri mengenai dirinya dalam jimak.
  7. Semasa usia tua, lelaki perlu banyak ransangan fizikal terhadap zakar. Oleh itu, sebelum memulakan hubungan seks, ransangan mental dan fizikal perlu dilakukan lebih kerap dan bersungguh-sungguh.
  8. Di samping itu, keadaan persekitaran fizikal yang baik seperti tiada gangguan, tidak diketahui atau didengari oleh orang berhampiran, tiada gangguan telefon, atau cuaca tidak terlalu panas atau sejuk.
  9. Tidak minum arak atau mengambil dadah. Lelaki yang mempunyai masalah zakar tidak tegang, perlu menjauhi arak dan dadah.