KENAPA REMAJA MELAKUKAN MAKSIAT DALAM TANDAS?
8:34:00 PTG
Masa: 8:30 Pagi
Tempat: Kelas Tingkatan 6 Melur
Situasi: Pelajaran Bahasa Melayu
Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas?"
Sharifah: Pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan.
Zakaria: Saya tidak bersetuju kerana ada di antara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.
Khairil: Munurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.
Sobri: Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.
Khairil: Kenapa pulak? Bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?
Cikgu Sahab: (Bertanya kepada Sobri) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil?
Sobri: Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.
Cikgu Sahab: ?????!!!
Moral of the story... jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih...
Catat Ulasan