Seorang anak bertanya pada ibunya


Anak      : Mama, bila harijadi saya yang ke-17 nanti, boleh buat parti di rumah?
Mama   : Boleh… boleh.. Nanti Mama aturkan.
Anak      : Ma, boleh saya ajak kawan-kawan saya sekali?
Mama   : Boleh.. Nanti Mama uruskan jemputannya.
Anak      : Ma…, boleh saya pakai baju warna pink tak?
Mama   : Boleh….boleh, nanti Mama belikan


Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpartilah dirumahnya, kawan-kawan dating, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak      : Ma… boleh saya pakai lipstick tak?
Mama   : Tak boleh!!
Anak      : Ala… Mama, pada harijadi ke-17 ini akan terjadi Cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh..
Mama   : Tak boleh!! Kamu boleh adakan parti, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick!!!
Anak      : Alaaaa.. boleh la mama… please..
Mama   : Salleh!!! Kali ni mama tidak mahu berkompromi.. TIDAK BOLEH, Kamukan lelaki…