Adakah saya sihat?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak.




Apakah itu ujian saringan?


Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan.
Sebagai contoh, jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan penyakit jantung.


Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:


Mengapakah saya harus membuat ujian saringan untuk keadaan tersebut?

Penyakit jantung, angin ahmar dan kanser (barah) adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian.

Kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko yang utama untuk penyakit jantung dan angin ahmar. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan angin ahmar.

Bagaimana untuk membuat ujian saringan?

Keadaan
Apa yang perlu dibuat/ujian yang dijalankan
Kegemukan
Berat dan tinggi untuk mengira Indek Jisim Badan (IJB)
Tekanan darah tinggi
Tekanan darah
Kencing manis
Paras gula dalam darah
Kolesterol yang tinggi
Paras kolesterol dalam darah


 Bilakah saya perlu membuat ujian saringan?

Anda digalakkan mengikut panduan di bawah:
Ujian
20 - 34 tahun
35 - 59 tahun
Berat dan tinggi untuk IJB
Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
Tekanan darah
Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali
Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali
Paras gula dalam darah
Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada kencing manis
Pemeriksaan rambang untuk gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 tahun sekali untuk < 40 tahun dan setahun sekali untuk > 40 tahun.
Paras kolesterol dalam darah
Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada paras kolesterol yang tinggi dalam darah
Ujian kolesterol dalam darah sekurang-kurangnya 5 kali setahun

 Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
Jumpa doktor anda. Semua klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta, hospital swasta dan makmal swasta menyediakan ujian tersebut.

 Siapakah yang perlu saya rujuk sekiranya ujian saya luarbiasa?
Jumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.

Apakah yang harus saya buat lagi untuk memastikan saya sentiasa sihat?

  • Makan secara sihat - Pelbagaikan makanan. Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal anda.

  • Sentiasa aktif - Sentiasa aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 - 30 minit setiap kali. Ia dapat mengekalkan IJB dan meningkatkan tahap kecergasan.

  • Tidak merokok - Merokok boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser (barah). Sekiranya anda merokok, cuba berhenti. Sila rujuk doktor anda.