Prostat merupakan kelenjar bersaiz sebesar "walnut" yang terletak di belakang dasar penis, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar.


Fungsi prostat adalah untuk mengeluarkan dan menyimpan sejenis cecair yang menjadi dua pertiga bahagian dari air mani. Cecair ini berfungsi untuk melindungi sperma serta membantu menyalurkan sperma melalui uretra. Prostat biasanya membesar apabila seseorang lelaki itu meningkat usianya dalam lingkungan 50 tahun, dan ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ini bukanlah kanser prostat walaupun gejala ini mungkin menyerupai kanser prostat.



Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar prostat lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat juga dikenali sebagai kanser prostat setempat iaitu terletak di antara prostat.

Pada peringkat awal, kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser serta tidak memerlukan rawatan. Walaubagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat , ini dipanggil kanser prostat yang serius.

KOMPLIKASI
Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat
  1. Usia - Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Peningkatan cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih daripada 80% kanser prostat didiagnosis terhadap lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.
  2. Sejarah keluarga - Anda berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah menhidap kanser prostat.
  3. Hormon - Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tidak mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.
TANDA & GEJALA
  • Aliran kencing yang tidak lancar.
  • Terasa kerap hendak buang air kecil pada waktu malam
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • sakit semasa ejakulasi (pancutan air mani)
  • darah dalam air kencing.
Jika anda mengalami gejala-gejala ini, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan selanjutnya.